WANITA - deHEARTY

Monday, April 13, 2009

WANITA - deHEARTY

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahwa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


miss u...

Saturday, February 28, 2009

miss my friends so much..... :-)



Konvokesyen...

Wednesday, January 28, 2009

Konvokesyen Ke-3 Sidang Ke-2
Universiti Malaysia Pahang
24 Januari 2009

Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah



Tahniah kepada sume yang konvo...harap persahabatan yang terjalin akan kekal selama-lamanya....BCS 06-08 dalam kenangan....

p/s : credit to inda n rozita tuk beberapa gmbr diatas... :-)

New Entry..

Rasanya ni entry yang first dlm tahun 2009 ni..rasanya dah lama x update blog ni....kepada sape2 yang tgk blog ni tp x update2...sori la ek...bz sgt skrg ni...maklumlah...org dah bekerja....x de masa nak update blog...lagipun kat opis internet limited sgt...x leh nak bukak blog....

byk benda nak cite sebenarnya ni...pasal tmpt keje....psl domino race...psl konvokesyen...dan mcm2 lg...entry seterusnya akan menceritakan sume cite2 yg ada... :-)

Sudah bersediakah kita???

Saturday, November 22, 2008

amik dari isuhangat.blogspot.com tp kalau sape2 yang dengar ikim.fm mesti dah biasa dengar renungan kat bawah ni...renung2 kan dan selamat beramal... :-)

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak petok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, takhta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Stress!!

Wednesday, November 12, 2008

Sindrom-sindrom stress....amik dari isuhangat.blogspot.com

Tanda-tanda anda menghadapi masalah..... ......... .. MENTAL?

Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur




Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala




Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik



Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan



Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat



Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat



Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit



Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan



Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda



Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung



Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat



Keduabelas: Anda sentiasa merasa diri tersepit




Ketigabelas: Anda sentiasa merasa ke hadiran tetamu asing



Keempatbelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas



Kelimabelas dan akhir:

ANDA SENTIASA MERASA...... .. KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT....... ..... SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH........ ......... ......... .HE...HE. ....HE... ..